14 September 2023

Covid 19 vs Influenza A

 Assalamualaikum & hye ✋


Dalam satu tahun 2023 ni, my baby dah dijangkiti dua virus yang mengancam dunia ni. Satu covid 19 masa umur dia 6 bulan & satu lagi Influenza A now. Currently he is 11 months old

*letih mak rasa*

Dua dua virus ni dapat dikesan melalui simptom demam. Walaupun orang selalu cakap "biasa la budak nak alih bulan, nak pandai macam macam tu dia demam" -- tapi rasanya ayat tu dah tak boleh guna pakai sekarang sebab penyakit pelik pelik je sekarang. Virus merata rata and mudah sangat menjangkit. So biasanya kitorang akan bertahan selama 1 hari and monitor demam dia kebah ke tidak. Kalau tak kebah for the 2nd day, kitorang akan terus pergi nearby clinic to confirm dia demam sebab apa.

Covid 19 story

Masa tu hari pertama baby L turn to 6 months. Malam sebelum tu dah rasa badan dia agak hangat macam demam, so kitorang test dkt thermometer and yes dia demam. Tapi macam minor. Suhu dia macam 37.9 macam tu. Okay la kitorang tak terus pergi klinik. Ambil kain, lap lap badan dia. Pukul 3 pagi macam tu bangun and test lagi temperature dia and dah jadi 39 degree which is red alarm untuk kitorang. Tomorrow ambil EL and pukul 7 pagi run pergi Columbia Asia Hospital and check dekat emergency. Undergo blood test dan fuhhh macam tu je dia double line untuk covid 19.

How quarantine covid 19?

Disebabkan dia baru 6 bulan, so kena kuarantin dekat hospital. Tapi bukan hospital swasta. It must be government hospital. okay la. nearby hospital adalah hospital tengku ampuan rahimah, klang. Pergi dekat emergency pukul 12 tengah hari, pukul 5 petang baru dpt ward. Ward perfect for me cuma macam biasa lah tak ada tempat tidur untuk penjaga. I think boleh bawak toto kot tapi malas betul nak berkampung dekat situ. Kita memang dikurung dekat dalam satu ward tu sebab quarantine kan. And nurse & doctor akan datang untuk check selang 4 jam macam tu. Make sure temperature 37.5 and below, hari ketiga dah boleh discharge. Part discharge ni memang seronok sebab tak sabar nak tido atas tilam hahaha

Simptom covid 19?

The only symptom he had adalah demam. And naik bintik bintik merah. Yang lain tak ada Alhamdulillah. Tempoh dia recover dari demam adalah 3 hari

Influenza A story

Dia demam since hari jumaat tapi bukan demam panas. So kitorang agak let go je lah. And dia kebah demam sabtu ahad. Tiberrr ahad malam, badan dia macam panas and temperature dia spike to 38 degree. And we notice ada darah keluar dari hidung dia. Esoknya hari isnin bawak dia pergi klinik and buat blood test macam biasa and yap dia influenza A

How quarantine Influenza A

Doktor asked us untuk kuarantin dekat rumah je. Okay agak lega sikit sebab rumah selesa utk kita tidur apa semua.

Simptom Influenza A

Demam, batuk, selsema and baby L is not active. Dia memang terbaring dengan mata berair maybe sebab badan dia panas gaknya. Dia memang crancky gila i guess badan dia sakit sakit.

For me, kalau compare thru my baby, Influenza A punya attack macam lagi sakit. Lagi kesian tengok baby L kena influenza compare with covid 19. Dan dia ambil masa jugak untuk recover dari sakit tu

So far thats the journey we had untuk dua dua virus ni. Semoga anak mommy dijauhkan dari segala penyakit dan virus virus jahat di masa akan datang. He is strong boy mungkin so Allah uji lebih sikit (pujuk hati mak mak)


0 comments:

Post a Comment