14 September 2023

Apa nak buat bila anak/baby demam?

 Assalamualaikum & hye ✌

Tajuk kemain simple and straightforward. Ini kesinambungan dari topic yang lepas

Bila baby demam, kita parents mesti macam nervous nak matteyyyy and agak hilang kesabaran jugak sebab dorang akan menangis and cranky kaw kaw punya. Tanamkan je la dalam diri, dorang tak pandai nak express, nak bagitau sakit tu macam mana, dekat mana, so satu satunya bakat yang baby ada adalah menangis. Solutionnya ko nangis je la dengan baby tu lols :(

Before that, ini essentials thing untuk anak tak sihat. Wajib ada dekat rumah kalau ada anak kecik


Link beli thermometerhttps://shope.ee/1LDYh59oAc

Link beli sterimarhttps://shope.ee/2VPW5ICcS5


Here is some tips harap membantu : 

1) Buka baju dia or pakaikan baju nipis nipis untuk dorang. Tapi biasanya anak aku confirm tinggal pampers je supaya heat dia keluar

2) Lap lap badan dia dengan tuala. Selalunya aku tak mandikan. Aku akan lap dengan air suam. Jangan air sejuk ya. Takut sakit badan dia. Aku akan lap selang 2 jam macam tu.

3) Make sure selang sejam baca suhu badan dia. Red alarm tau kalau dia da capai 38.5 degree and above. Bawa je lah ke klinik berhampiran dulu

4) Kalau dia selsema, sterimar dulu hidung dia. Cara nak sterimar boleh tengok dekat youtube. Mula mula je korang kekok nanti lama lama lagi expert dari doktor. kbai

5) Jangan hala kan kipas/buka aircond direct dekat dia

6) Demam kalau on off ataupun lebih sehari da boleh pergi klinik untuk check. At least dapatkan nasihat doktor and puaskan hati ko untuk tau kenapa anak ko demam. Kalau demam biasa Alhamdulillah la at least kita da pergi check kan

7) Bagi susu/air suam/makan dengan secukupnya. Ikut lah mana dia nak. Sebab demam ni dorang pun tak ada selera jugak en.

Rasanya tu je lah kot tips untuk anak demam. This is based on my experiences ye. Kalau rasa tak kena, rasa salah tak perlu ikut dan buat. Sekian untuk kali ni. See u gais later :)

Covid 19 vs Influenza A

 Assalamualaikum & hye ✋


Dalam satu tahun 2023 ni, my baby dah dijangkiti dua virus yang mengancam dunia ni. Satu covid 19 masa umur dia 6 bulan & satu lagi Influenza A now. Currently he is 11 months old

*letih mak rasa*

Dua dua virus ni dapat dikesan melalui simptom demam. Walaupun orang selalu cakap "biasa la budak nak alih bulan, nak pandai macam macam tu dia demam" -- tapi rasanya ayat tu dah tak boleh guna pakai sekarang sebab penyakit pelik pelik je sekarang. Virus merata rata and mudah sangat menjangkit. So biasanya kitorang akan bertahan selama 1 hari and monitor demam dia kebah ke tidak. Kalau tak kebah for the 2nd day, kitorang akan terus pergi nearby clinic to confirm dia demam sebab apa.

Covid 19 story

Masa tu hari pertama baby L turn to 6 months. Malam sebelum tu dah rasa badan dia agak hangat macam demam, so kitorang test dkt thermometer and yes dia demam. Tapi macam minor. Suhu dia macam 37.9 macam tu. Okay la kitorang tak terus pergi klinik. Ambil kain, lap lap badan dia. Pukul 3 pagi macam tu bangun and test lagi temperature dia and dah jadi 39 degree which is red alarm untuk kitorang. Tomorrow ambil EL and pukul 7 pagi run pergi Columbia Asia Hospital and check dekat emergency. Undergo blood test dan fuhhh macam tu je dia double line untuk covid 19.

How quarantine covid 19?

Disebabkan dia baru 6 bulan, so kena kuarantin dekat hospital. Tapi bukan hospital swasta. It must be government hospital. okay la. nearby hospital adalah hospital tengku ampuan rahimah, klang. Pergi dekat emergency pukul 12 tengah hari, pukul 5 petang baru dpt ward. Ward perfect for me cuma macam biasa lah tak ada tempat tidur untuk penjaga. I think boleh bawak toto kot tapi malas betul nak berkampung dekat situ. Kita memang dikurung dekat dalam satu ward tu sebab quarantine kan. And nurse & doctor akan datang untuk check selang 4 jam macam tu. Make sure temperature 37.5 and below, hari ketiga dah boleh discharge. Part discharge ni memang seronok sebab tak sabar nak tido atas tilam hahaha

Simptom covid 19?

The only symptom he had adalah demam. And naik bintik bintik merah. Yang lain tak ada Alhamdulillah. Tempoh dia recover dari demam adalah 3 hari

Influenza A story

Dia demam since hari jumaat tapi bukan demam panas. So kitorang agak let go je lah. And dia kebah demam sabtu ahad. Tiberrr ahad malam, badan dia macam panas and temperature dia spike to 38 degree. And we notice ada darah keluar dari hidung dia. Esoknya hari isnin bawak dia pergi klinik and buat blood test macam biasa and yap dia influenza A

How quarantine Influenza A

Doktor asked us untuk kuarantin dekat rumah je. Okay agak lega sikit sebab rumah selesa utk kita tidur apa semua.

Simptom Influenza A

Demam, batuk, selsema and baby L is not active. Dia memang terbaring dengan mata berair maybe sebab badan dia panas gaknya. Dia memang crancky gila i guess badan dia sakit sakit.

For me, kalau compare thru my baby, Influenza A punya attack macam lagi sakit. Lagi kesian tengok baby L kena influenza compare with covid 19. Dan dia ambil masa jugak untuk recover dari sakit tu

So far thats the journey we had untuk dua dua virus ni. Semoga anak mommy dijauhkan dari segala penyakit dan virus virus jahat di masa akan datang. He is strong boy mungkin so Allah uji lebih sikit (pujuk hati mak mak)


22 December 2022

How to check up dekat Klinik Kesihatan (KK)? What to expect?

 Assalamualaikum and hye✋


Okay we meet again today. Kali ni untuk kita ceritakan apa perlu buat jika saya pregnant. Kalau first time mom mesti rasa macam menggelabah kan. Ke korang tak gelabah, aku sorang je la menggelabah macam tu? Either it is expected or not expected pregnancy, anugerah Tuhan kita kena jaga dengan baik sebab nanti dekat sana kita akan ditanya terhadap apa yang Tuhan pinjamkan dekat kita. Gituhhh mukadimmah lain macam kemain ke arah akhirat.

Anda lihat gambar rajah di atas? ☝Sudah lunyai bukan buku itu?👀. Ye itu lah dinamakan buku pink yang kita boleh dapat dekat KK (singkatan untuk Klinik Kesihatan). Buku ni la yang ada track rekod kesihatan kita sepanjang pregnancy. Bawak pergi mana mana, in case something happen, medical team boleh check kan untuk kita ☺✌

First, datang ke KK secara walk in. Yes masa time aku pregnant (2022), aku datang ke KK dan cakap saya nak bukak buku pink. Nurse akan mintak pregnancy scan dekat klinik swasta, (yes masa tahu pregnant, aku terus pergi check klinik swasta untuk sahihkan kehamilan). Lepas tu nurse akan minta  sijil nikah, akan tanya bila tarikh pertama last period untuk tentukan due date and dah berapa minggu kehamilan. During my time, nurse tu suruh datang time 10 weeks pregnancy nanti. At that time when i come, baru 8 week pregnancy.

"Kena bayar ke?"

Satu sen pun tak bayar jawapannya.


Senang kan nak bukak buku pink hewwheww

tapi... 


What to expect bila check up dekat KK?

1) Berkemungkinan dapat nurse yang garang (tapi nurse saya baik sangat) ❤

2) Waktu menunggu check up yang lama. Yessss datang pukul 8 berkemungkinan balik pukul 11. Camtu contohnya, So please datang awal untuk merebut nombor satu. 👻

3) Fasiliti tak mantap. Kerusi macam nak roboh, tandas asyik tak ada air je so bawak air mineral dari rumah 😓. Ingat, setiap kali datang kena ambil darah and test air kencing tau.

4) Parking mungkin tak ada. Mungkin laaaaa 💆

5) Dalam bilik check up tu bukan kita sorang, dekat 4 ibu mengandung ada. So apa nurse ko cakap pasal ko ada la manusia lain yang dengar bahahahah😋


Setakat ni, rasanya itu je lah berkaitan dengan KK. Okay ke bukak buku pink dekat KK? As for me okay sangat. Prepare la netflix ke apa time tunggu nak check up. Jangan lupa breakfast, Kalau tak memang kebuluran lah kamu hahahaha.

disclaimer : pengalaman setiap orang berbeza. i share my experienced only and not applicable to others.


Review : Bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

 Hai and Assalamualaikum :)☺

Alhamdulillah, my life updgraded as a mom pada 10/10/2022. So to make it simple, and straight forward, here is my review, and a little bit of my experienced delivering my baby dekat hospital klang.

disclaimer : tiada gambar disertakan cause it against government rules code. review ini berdasarkan pengalaman sendiri. lain orang lain pengalaman yang akan dirasai

08/10/2022

- admitted dekat hospital klang lepas pergi dekat emergency sebab air ketuban (amniotic sac) pecah. Pecah bukan terus menderu keluar ye. Macam leaking je tapi keluar dalam keadaan yang lebih banyak dari jumlah air kencing biasa.

emergency sangat best, sangat friendly, doctor, nurse semua best. Layan dengan sangat baik. Guide kita dari A - Z. Proses pun agak cepat maybe my luck la kot tak ramai orang. Dah dapat katil, dorang terus hantar kita pergi masuk wad

09/10/2022

- admitted dekat wad. disebabkan air ketuban da leaking, it can lead to bacteria effect dekat baby. jadi kena bersalin within 24 hours. so induced masuk ubat pukul 7 pagi. Everything okay je dalam pukul 9 pagi macam tu da start rasa sakit berkala. Tapi boleh tahan lagi. Boleh jalan, makan, mandi, solat semua macam biasa. Pukul 12 tengah hari da mula rasa contraction selang 5 minit. Terus terbaring dah tak boleh buat apa. Menangis je la. waktu melawat husband boleh masuk until 2pm. rasa macam tak nampak dah husband ada kat tepi sebab sakit sangat

in between air ketuban still leaking and jumlah dia lagi banyak. bukaan? 2cm only. okay sambung nangis 💔

agak terkilan, sebab da basah satu katil dengan air ketuban pecah, darah lagi, nurse suruh bangun sendiri. Ya Allah Tuhan je tahu perasaan time tu. Lepas tu kena marah, nurse suruh bangun jugak pergi tukar kain. Mujur ada seorang patient kat depan tolong. Maka menitik nitik lah darah dengan air tu sampai lah ke tandas. Diperli pula tu "kotor dah lantai". cedih tau ittewww 😖

so conclusion nya, nurse dekat wad tak best, tak friendly, tak helpful. kena maklum la kalau first time bersalin mesti la tak ada pengalaman sakit tu, tak tau nak handle. Bukan saje nak mengada. tapi tu lah pengalaman orang kata 

09/10/2022

- 11 malam ditolak masuk dalam labour room. dari start masuk labour room sampai lah habis beranak, seperti di syurga rasa layanannya. Lembut sangat nurse cakap, encourage kita, guide kita. Very helpful and selesa. Labour room cantik and private. Suami boleh masuk dan hanya dibenarkan keluar dua kali sahaja. 

10/10/2022

- Bukaan cukup 10cm masa pukul 8 pagi so doctor kata da boleh push baby keluar. Alhamdulillah everything smooth and easy. Doctor best sangat and friendly. Kena jahit sikit pun dia macam pujuk pujuk "its okay awak sangat strong. baby da keluar, awak pun energetic, its time to healing ur body je puan" -- kita bukan nak pujian, tapi kata kata semangat macam ni je dah buat kita rasa seronok 

10/10/2022 - 11/10/2022

- warded back dekat wad bersalin tadi and jumpa lah nurse muka yang sama jugak bersama dengan perangai yang sama. 

Total kos bersalin adalah RM76.00. Berbaloi kan? Tapi layanan tak boleh la nak compare dengan swasta. 

If you asking me, okay ke bersalin dekat HTAR? my answer is okay tapi kena terus prepare mental and fizikal untuk tahu yang suami takkan ada dengan kita masa dekat wad (boleh jumpa waktu melawat sahaja), kita mungkin tak de luck berjumpa dengan nurse yang emosi unstable, dorang agak slow. thats all. Facility? Tip top. Doktor pakar? Tip top. Makanan? K.O. Tandas memang friendly postpartum so jangan la cuak tandas cangkung ke apa. Tandas dia memang best and besar.

Sekian review bersalin dekat HTAR. Saje pilih HTAR sebab sentimental dulu lahir kat sini, ingat nak beranak pun dekat sini. And i know HTAR ada ramai pakar so i dont have to worry about any health complication.

Again, this is my honest review about bersalin dekat HTAR. Maybe ada first time mom yang nak tau macam mana bersalin dekat sini. AND all experienced ni might be different ye with others.

Until then, see you next time :)✌




17 November 2022

Life update now 🥳

Salam and hai 🥰


It's been a while since I'm not updating this blog. Last updated rasanya time diploma things dulu, know know sekarang dah anak satu. So how is it? Banyaknya benda berlaku sepanjang tempoh tu. Sepanjang tempoh tu I already lived in three states dah. Perak. Penang and Selangor. After diploma I got offer from Liverpool untuk continue study dekat Sana, tapi perancangan Allah baik, terus dapat kerja dekat sini and tak jadi continue dekat Sana. But I already got my degree yeayyy from UKM. Alhamdulillah ❤️

Now I'm back. Untuk meneruskan my passion in writing. I want to use this blog, this platform to share randomly about life, motherhood journey and my hobby. Semoga ada banyak manfaat dari pembacaan dekat platform ni. Kalau ada sedikit sebanyak knowledge and tips, I really want to share to the world. Until then, see you later.

P/s: Doakan saya istiqomah ye :)

Still in pantang this. Count down to 44 days 😂