22 December 2022

How to check up dekat Klinik Kesihatan (KK)? What to expect?

 Assalamualaikum and hye✋


Okay we meet again today. Kali ni untuk kita ceritakan apa perlu buat jika saya pregnant. Kalau first time mom mesti rasa macam menggelabah kan. Ke korang tak gelabah, aku sorang je la menggelabah macam tu? Either it is expected or not expected pregnancy, anugerah Tuhan kita kena jaga dengan baik sebab nanti dekat sana kita akan ditanya terhadap apa yang Tuhan pinjamkan dekat kita. Gituhhh mukadimmah lain macam kemain ke arah akhirat.

Anda lihat gambar rajah di atas? ☝Sudah lunyai bukan buku itu?👀. Ye itu lah dinamakan buku pink yang kita boleh dapat dekat KK (singkatan untuk Klinik Kesihatan). Buku ni la yang ada track rekod kesihatan kita sepanjang pregnancy. Bawak pergi mana mana, in case something happen, medical team boleh check kan untuk kita ☺✌

First, datang ke KK secara walk in. Yes masa time aku pregnant (2022), aku datang ke KK dan cakap saya nak bukak buku pink. Nurse akan mintak pregnancy scan dekat klinik swasta, (yes masa tahu pregnant, aku terus pergi check klinik swasta untuk sahihkan kehamilan). Lepas tu nurse akan minta  sijil nikah, akan tanya bila tarikh pertama last period untuk tentukan due date and dah berapa minggu kehamilan. During my time, nurse tu suruh datang time 10 weeks pregnancy nanti. At that time when i come, baru 8 week pregnancy.

"Kena bayar ke?"

Satu sen pun tak bayar jawapannya.


Senang kan nak bukak buku pink hewwheww

tapi... 


What to expect bila check up dekat KK?

1) Berkemungkinan dapat nurse yang garang (tapi nurse saya baik sangat) ❤

2) Waktu menunggu check up yang lama. Yessss datang pukul 8 berkemungkinan balik pukul 11. Camtu contohnya, So please datang awal untuk merebut nombor satu. 👻

3) Fasiliti tak mantap. Kerusi macam nak roboh, tandas asyik tak ada air je so bawak air mineral dari rumah 😓. Ingat, setiap kali datang kena ambil darah and test air kencing tau.

4) Parking mungkin tak ada. Mungkin laaaaa 💆

5) Dalam bilik check up tu bukan kita sorang, dekat 4 ibu mengandung ada. So apa nurse ko cakap pasal ko ada la manusia lain yang dengar bahahahah😋


Setakat ni, rasanya itu je lah berkaitan dengan KK. Okay ke bukak buku pink dekat KK? As for me okay sangat. Prepare la netflix ke apa time tunggu nak check up. Jangan lupa breakfast, Kalau tak memang kebuluran lah kamu hahahaha.

disclaimer : pengalaman setiap orang berbeza. i share my experienced only and not applicable to others.


0 comments:

Post a Comment