22 December 2022

Review : Bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

 Hai and Assalamualaikum :)☺

Alhamdulillah, my life updgraded as a mom pada 10/10/2022. So to make it simple, and straight forward, here is my review, and a little bit of my experienced delivering my baby dekat hospital klang.

disclaimer : tiada gambar disertakan cause it against government rules code. review ini berdasarkan pengalaman sendiri. lain orang lain pengalaman yang akan dirasai

08/10/2022

- admitted dekat hospital klang lepas pergi dekat emergency sebab air ketuban (amniotic sac) pecah. Pecah bukan terus menderu keluar ye. Macam leaking je tapi keluar dalam keadaan yang lebih banyak dari jumlah air kencing biasa.

emergency sangat best, sangat friendly, doctor, nurse semua best. Layan dengan sangat baik. Guide kita dari A - Z. Proses pun agak cepat maybe my luck la kot tak ramai orang. Dah dapat katil, dorang terus hantar kita pergi masuk wad

09/10/2022

- admitted dekat wad. disebabkan air ketuban da leaking, it can lead to bacteria effect dekat baby. jadi kena bersalin within 24 hours. so induced masuk ubat pukul 7 pagi. Everything okay je dalam pukul 9 pagi macam tu da start rasa sakit berkala. Tapi boleh tahan lagi. Boleh jalan, makan, mandi, solat semua macam biasa. Pukul 12 tengah hari da mula rasa contraction selang 5 minit. Terus terbaring dah tak boleh buat apa. Menangis je la. waktu melawat husband boleh masuk until 2pm. rasa macam tak nampak dah husband ada kat tepi sebab sakit sangat

in between air ketuban still leaking and jumlah dia lagi banyak. bukaan? 2cm only. okay sambung nangis 💔

agak terkilan, sebab da basah satu katil dengan air ketuban pecah, darah lagi, nurse suruh bangun sendiri. Ya Allah Tuhan je tahu perasaan time tu. Lepas tu kena marah, nurse suruh bangun jugak pergi tukar kain. Mujur ada seorang patient kat depan tolong. Maka menitik nitik lah darah dengan air tu sampai lah ke tandas. Diperli pula tu "kotor dah lantai". cedih tau ittewww 😖

so conclusion nya, nurse dekat wad tak best, tak friendly, tak helpful. kena maklum la kalau first time bersalin mesti la tak ada pengalaman sakit tu, tak tau nak handle. Bukan saje nak mengada. tapi tu lah pengalaman orang kata 

09/10/2022

- 11 malam ditolak masuk dalam labour room. dari start masuk labour room sampai lah habis beranak, seperti di syurga rasa layanannya. Lembut sangat nurse cakap, encourage kita, guide kita. Very helpful and selesa. Labour room cantik and private. Suami boleh masuk dan hanya dibenarkan keluar dua kali sahaja. 

10/10/2022

- Bukaan cukup 10cm masa pukul 8 pagi so doctor kata da boleh push baby keluar. Alhamdulillah everything smooth and easy. Doctor best sangat and friendly. Kena jahit sikit pun dia macam pujuk pujuk "its okay awak sangat strong. baby da keluar, awak pun energetic, its time to healing ur body je puan" -- kita bukan nak pujian, tapi kata kata semangat macam ni je dah buat kita rasa seronok 

10/10/2022 - 11/10/2022

- warded back dekat wad bersalin tadi and jumpa lah nurse muka yang sama jugak bersama dengan perangai yang sama. 

Total kos bersalin adalah RM76.00. Berbaloi kan? Tapi layanan tak boleh la nak compare dengan swasta. 

If you asking me, okay ke bersalin dekat HTAR? my answer is okay tapi kena terus prepare mental and fizikal untuk tahu yang suami takkan ada dengan kita masa dekat wad (boleh jumpa waktu melawat sahaja), kita mungkin tak de luck berjumpa dengan nurse yang emosi unstable, dorang agak slow. thats all. Facility? Tip top. Doktor pakar? Tip top. Makanan? K.O. Tandas memang friendly postpartum so jangan la cuak tandas cangkung ke apa. Tandas dia memang best and besar.

Sekian review bersalin dekat HTAR. Saje pilih HTAR sebab sentimental dulu lahir kat sini, ingat nak beranak pun dekat sini. And i know HTAR ada ramai pakar so i dont have to worry about any health complication.

Again, this is my honest review about bersalin dekat HTAR. Maybe ada first time mom yang nak tau macam mana bersalin dekat sini. AND all experienced ni might be different ye with others.

Until then, see you next time :)✌




0 comments:

Post a Comment